Saturday, 17 August 2013

Terima kasih Sahabatku sayang

 
 
 
sahabat...
pertama kali aq berjumpa denganmu
kau seorang yang pendiam di mana kamu tidak mahu bercakap
aku cuba mendekatimu kerana aq sedang mencari seorg insan
yang boleh aq panggilnya sebagai kawan..
 
pada mulanya kau agak malu berada di samping ku
kau selalu menyembunyikan apa yang terbuku dihati kau
kau tak tahu sebenarnya aq sering memerhatikan kamu
aq ingin membantumu tetapi aq takut kamu akan meninggalkan ku
lalu aq berpura-pura tidak tahu.
 
antara sedar dan tidak
dari hari ke hari
dari bulan ke bulan
dan dari tahun ke tahun
kita sudah berkawan
 
dahulu malu
sekarang semuanya boleh terkeluar
tiada lagi rahsia antara kita
masing-masing mengutuk tanpa rasa apa-apa
kerana aku tahu kamu hanya mahu meyatakan perkara sebenar
 
sahabat..
adakah kau tahu bahawasanya persahabatan
ini dijalinkan dgn izin Allah?
dan adakah kau tahu bahawa perpisahan juga
berlaku kerana izin Allah
 
sahabat..
di dlm hati sanubariku
aq ingin sekali terus bersama dgnmu
 
tetapi sahabat..
kini aq terpaksa meminta engkau supaya meredhai andai
aku ingin memutuskannya..
bkn aq membenci kamu
tetapi kerana aq sayangkan kamu
 
 
kaulah sahabat,
kaulah peneman,
dan kaulah yg menyokong aq bersama keluarga ku
 
sahabat.
kini aq mungkin tidak mampu utk berjumpa dgn mu..
ini kerana aq perlu menempuh satu perjalanan yg jauh
 
sahabat..
andai ini warkah terakhir ku
maka maafkan segala kekhilafan aq padamu
 
bkn bermaksud aq ingin melupakanmu
tetapi kini..
aq berada jauh drpd kamu
dimana kamu hanya mampu mengingati aq melalui doamu
 
sahabat yg aq kasihi..
hapuskan air mata di pipimu yg sedang mengalir saat ini..
aq tidak mahu kamu menangis di hadapan wrkah ku
hanya satu yg aq pinta..
 
teruskan perjuangan ku utk membela agama islam yg tercinta
aq pergi mungkin membawa dosa
atau aq pergi membawa jihad yg aq pinta
hanya satu aq memohon drpd kamu
doakan aq yg berada jauh nun di sana...
 
andai kematian menjemput..
di atas tempat pembaringan yg selesa pon
aq boleh pergi..
 
maka...
sahabat..
relakan pemergianku..
 
sampai disini sahaja warkah aq utk sahabatku yg rindui..
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment