Sunday, 18 August 2013

mujahidah

 
 
kalian wanita tabah
kalian wanita berani
kalian wanita yg tidak gentar dgn musuh
kalian wanita lembut yg menjadi tegas gara-gara peperangan
kalian mempunyai hati yang bersih
meskipun kalian tidak sekuat kaum hawa
tetapi kalian tetap menggalas senjata utk bertempur di medan perang
kau sudah lali melihat mayat sang musuh laknatullah
tetapi matamu mampu menangis tatkala melihat para muslim menjadi syahid
 
kau menyembunyikan kelemahan disebalik ketegasan di hadapan musuhmu
kau masih lagi seorang wanita yang sarat dengan sifat lemah lembut
tetapi mampu menjadi  segarang singa betina ketika di dalam medan pertempuran
aq ingin menjadi sebahagian daripada kalian
tetapi aq masih tidak mempunyai semangat setinggi kalian
aku inigin sama-sama kalian untuk merebut janji Illahi
tetapi aku berjihad dengan cara aku tersendiri
 
jihad yg kau tempuhi adalah hujan peluru
manakala jihad yg kutempuhi hanyalah sekeping kertas bersama pena di tangan
kau membasahi bumi dengan darah
manakala aku membasahi bumi dengan catatan penaku
tetapi hasrat ku kini aku rasakan terganggu dgn fitrah wanitaku
aq merasa yang fitrah ini telah membuatkan aq terus leka
 
disini
aq ingin mencoretkan tinta hatiku buatmu wahai seorang insan yg
hanya aku erti perasaan ini..
 
awak..
tahukah kamu betapa terseksanya aku apabila
kau menterjah ruang hatiku?
perasaan ini sudah hadir beberapa tahun sebelum aq menyatakan kepada kamu..
 
awak..
buat pengetahuan awak
sebelum ini aku Berjaya menepis perasaan ini..
tetapi kini, aku tidak mampu lagi
 
saban malam aku menangis kerana kamu aku merasakan yg aku semakin jauh dari Illahi
aq inginkan Allah sebagai kekasih hati
tetapi bayang-bayang kamu menjadi senjata hebat buat syaitan laknatullah
aq tersungkur..
 
rakan-rakanku hanya mampu membiarkan aq mengalirkan air mata dibahu mereka
sambil menaikkan semangat aku kembali utk terus berjuang
akhirnya aq bangun dn membiarkan perasaan itu berlalu
aq berfikir ianya tidak akan kembali lagi kerana ianya sudah berlalu
 
rupa-rupa Allah masih mahu menguji aku melalui kamu
akhirnya aku selalu bersms, berchit-chat, berbua bersama kamu
mula-mula tiada apa
lama-lama ianya menjadi addicted
aq cuba untuk menjauhinya tetapi aku tidak mampu
 
kini, aq sedang dalam usaha utk meninggalkan kamu
awak..
maafkan saya, aaq tau aq bknnya wanita yg baik
tetapi andai kata kita mempunyai jodoh
aq hanya akan menanti lafaz sakinah itu
andai kita tidak ditakdirkan mempunyai jodoh
maka layanlah aq seperti aq sahabatmu dahulu.
 
aq hanya mampu menyatakan yang aq hanya mahu mencari redha ILLAHI. 

Cara Memikat Hati Member

 
 
heheheh.. mesti skrg dok fikir pasal pikat kwn lelaki atau perempuankan???
relex.. jgn marah-marah  ^_^
tapi boleh jer kalau nak praktikkan..
 
 
 
tercari-cari macam mana nak buat kawan-kawan mesra dan suka kepada kita?? kat sini ada beberapa cara yg insya-Allah praktikal.. sama ada to muslim or non-muslim friends..
 
  • timbulkan rasa minat utk mendengar kisah kawan kita
    sebagai contoh : rakan kita hari ni dapat menjaringkan 2 gol. Walaupun sebenarnya kita telah menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan.kebaikan : rakan-rakan kita akan sentiasa teringatkan kita kerana kita sentiasa akan mendengar cerita mereka...
Menghargai pemberian rakan kita
cara utk hargai pemberian dia :
*
berhenti daripada melakukan apa yg sedang anda lakukan dan lihat pemberian rakan anda
* belek sedikit apa yang kawan anda beri, senyum dan katakan "terima kasih banyak-banyak... buat susah kau aje bagi aku benda nie"* jgn stop kat situ jer.. kalau blh tambah lagi sikit "
aku mmg tengah cari benda nie. Alhamdulillah kau ada. tak de susah sangat aku nak cari"




setakat nie ajer.. perkongsian yg dapat saya bagi...
 semoga anda dapat menawan hati rakan anda...
 
  1.  

 


 
 

Mukmin Adalah Bersaudara

 
 
sedikit perkongsian hadis:
 
Daripada Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yg bermaksud :
"seorang Muslim adalah bersaudara kepada seorang Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak menghinanya."
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, 17 August 2013

Aku Ingin mengikuti



 



















Palestin..
deritamu sudah terlalu lama kalian hadapi
tetapi kalian masih tabah dan masih mampu mengukir senyuman buat yg menanti

anak-anak kecil menjadi dewasa bkn melalui umurnya
tetapi melalui caranya berfikir
para remaja yang masih segar ingin segera menikah
utk melahirkan generasi yg mampu utk membebaskan Negara
para ayah sanggup meninggal keluarga hanya utk berperang demi anak mereka akan dtg
para ibu sanggup merelakan pemergian suaminya walaupun tahu bahaya yg bakal tiba

kalian menjadi perwira
tetapi kalian menafikan
kalian rasa lelah
tetapi kalian pijak lelah itu

kalian takut
tetapi kalian membunuh perasaan itu..
kerana kalian tahu betapa besarnya nilai sebuah keamanan.

melalui penderitaan kalian
umat islam mampu bersatu
walaupun masih tidak seutuh golongan laknatullah
tetapi kalian memberikan ispirasi bahawa
kalian tidak akan pernah berhenti dan mengalah

aq ingin menjadi seperti kalian.
dimana aq ingin merebut syahid yg dijanjikan
tetapi aq tidak sehebat kalian
yg mempunyai keimanan yg begitu tebal

aq seorg insan biasa yg akan takut n menangis apabila menhadapi kakacauan
tetapi aq punya semangat yg mendalam

wahai saudara..
izinkan aq utk bersama-sama dgn barisanmu utk aq terus memburu
janji Yang ESA..

walaupun aq lemah
tetapi ganjaran itu terbayang di mata..
kadang2 rasa takut menghantui diri gara2 syaitan laknatullah..
tetapi aq belajar utk menepisnya..


Ya Allah.. izinkan aq supya aq mampu menjadi sebahagian drpd mereka semua Ya Allah walaupun aq tahu aq bnyk kekhilafan dgnMu..
Permudahkan urusan aq ya Allah.. Permudahkan urusan aq ya Allah..
amen ya rabbal a'lameen

Terima kasih Sahabatku sayang

 
 
 
sahabat...
pertama kali aq berjumpa denganmu
kau seorang yang pendiam di mana kamu tidak mahu bercakap
aku cuba mendekatimu kerana aq sedang mencari seorg insan
yang boleh aq panggilnya sebagai kawan..
 
pada mulanya kau agak malu berada di samping ku
kau selalu menyembunyikan apa yang terbuku dihati kau
kau tak tahu sebenarnya aq sering memerhatikan kamu
aq ingin membantumu tetapi aq takut kamu akan meninggalkan ku
lalu aq berpura-pura tidak tahu.
 
antara sedar dan tidak
dari hari ke hari
dari bulan ke bulan
dan dari tahun ke tahun
kita sudah berkawan
 
dahulu malu
sekarang semuanya boleh terkeluar
tiada lagi rahsia antara kita
masing-masing mengutuk tanpa rasa apa-apa
kerana aku tahu kamu hanya mahu meyatakan perkara sebenar
 
sahabat..
adakah kau tahu bahawasanya persahabatan
ini dijalinkan dgn izin Allah?
dan adakah kau tahu bahawa perpisahan juga
berlaku kerana izin Allah
 
sahabat..
di dlm hati sanubariku
aq ingin sekali terus bersama dgnmu
 
tetapi sahabat..
kini aq terpaksa meminta engkau supaya meredhai andai
aku ingin memutuskannya..
bkn aq membenci kamu
tetapi kerana aq sayangkan kamu
 
 
kaulah sahabat,
kaulah peneman,
dan kaulah yg menyokong aq bersama keluarga ku
 
sahabat.
kini aq mungkin tidak mampu utk berjumpa dgn mu..
ini kerana aq perlu menempuh satu perjalanan yg jauh
 
sahabat..
andai ini warkah terakhir ku
maka maafkan segala kekhilafan aq padamu
 
bkn bermaksud aq ingin melupakanmu
tetapi kini..
aq berada jauh drpd kamu
dimana kamu hanya mampu mengingati aq melalui doamu
 
sahabat yg aq kasihi..
hapuskan air mata di pipimu yg sedang mengalir saat ini..
aq tidak mahu kamu menangis di hadapan wrkah ku
hanya satu yg aq pinta..
 
teruskan perjuangan ku utk membela agama islam yg tercinta
aq pergi mungkin membawa dosa
atau aq pergi membawa jihad yg aq pinta
hanya satu aq memohon drpd kamu
doakan aq yg berada jauh nun di sana...
 
andai kematian menjemput..
di atas tempat pembaringan yg selesa pon
aq boleh pergi..
 
maka...
sahabat..
relakan pemergianku..
 
sampai disini sahaja warkah aq utk sahabatku yg rindui..