Friday, 21 October 2011

Sekali Kita Mahu Belajar, Seisi Dunia Mahu Menjadi Guru.






pokok yg plg lemah ialah Pisang. masakan tidak, dgn sekali hayun penumbuk aje ia pasti rebah menyembah bumi

skrg ambil sebilah parang dan hayun pada pangkal batangnya. RUUUUUM! bunyi tumbang. batangnya melambung dan pelepahnya pula x mampu bernopang lagi. skrg kita nyanyikan lagu kemenangan:

pisang tewas!
pisang kalah!

kita berjaya menamatkan riwayatnya.

tunggu dulu, esok kita lihat, pada tunggul yg terdedah ada pulur baru berwarna hijau muda terlujur. ia seperti panji berkibar & melaungkan

pisang blm tewas!
pisang blm kalah!

skrg ambil api, pasangkan unggun, bakar sampai rentung, biarkan tinggal abu berselerakan. sekali lagi pisang tewas, pisang mati. api tlh membakar seluruh jantung semangatnya.

opp, nanti!!!. hari berikutnya ada rekahan pada bumi yg terkujur keluar pucuk bar, generasi muda. ia muncul dgn panji & menjerit

terima kasih atas puing2 & abu2yg rentung, kini ia jadi baja penyuburku.

ok, skrg kita ambil cangkul dan kerjakan ia sampai ke akar umbinya, tuil keluar dr bumi. kita campakkan di satu lembah kosongutk biar ia mati terpinggir kesunyian. kemudian kita laungkan yg kita berjaya manakal pisang yg lemah tlh mati.

tapi itu dulu... datanglah pada tahun2 hadapan lawatilah lembah yg kosong itu. seluruh lembah sudah di penuhi dgn pokok pisang!
pisang melanjutkan, jgn vuba dibunuh sehinggalah ia berbuah. apabila berbuah dia akan mati sendiri. tetapi sblm berakhir di sekeliling kakinya tlh cambah anak2 baru yg bersedia utk memikul prinsip & semangat yg sama.

maha suci ALLAH, pada pokok pisang rupanya ada prinsip yg lbh keras daripada besi. prinsip dan semangat juang yg sebati & mengalir dlm diri.

No comments:

Post a Comment